Friday 7 June 2013

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Perundangan

Kod Undang-undang Hamurabi merupakan kod undang-undang yang tertua di dunia. Kod ini digubal oleh Raja Hammurabi (yang memerintah kerajaan Babylon) dan menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Kod Hammurabi berjaya memainkan peranan penting dalam 
 - mengelakkan masalah dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan terdiri daripada susun lapis yang berbeza.
 - mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi masyarakat.
- membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu lebih kurang 3000 tahun (3500 S.M.- 539 S.M.)

Ciri-ciri Kod Hammurabi
- dipahat pada tembok dan tiang-tiang besar yang tinggo supaya rakyat dapat membaca dan mengetahui hak mereka.
- Prinsip utamanya ialah hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya, tetapi hukuman dan denda adalah berbeza untuk lapisan masyarakat yang berlainan.
- Berperikemanusiaan dan berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
-Mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang meliputi semua aspek kehidupan.

   Gambar ini menunjukkan Kod Undang-undang Hammurabi


Sistem Tulisan

Sistem tulisan yang wujud telah membawa kepada perkembangan sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Urusan pentadbiran dan perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis mereka.Semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota urus niaga dan surat kredit. Sistem tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia seperti epik Gilgamesh. Epik ini merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.

Aspek Estetika

Cara membuat batu bata telah diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun Mesopotamia. Pembinaan arca dan tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi bangunan seperti zigurat. Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar Sumeria. Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istanya dikenali sebagai "Taman Tergantung Babylon". Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres. Hal ini menampakkan seolah-olah taman ini tergantung.
 Gambar ini menunjukkan lukisan arca Raja Gudea.

Pembinaan Empayar dan Aspek Pentadbiran

Empayar yang pertama di dunia dibina oleh Raja Sargon ( kerajaan Akkad) yang berjaya menyatukan wilyah di sekitar Mesopotamia. Hal ini diikuti oleh raja-raja di tamadun lain, contohnya Firaun Tutmose III (Mesir Purba). Kerajaan Mesopotamia jugan merupakan kerajann yang pertama dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang teratur dengan wujudnya undang-undang, tatacara perdagangan dan sistem perbandaran yang teratur.

Sains dan Teknologi

     Orang Mesopotamia mahir dalam bidang astronomi. Hal ini membolehkan mereka mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar( 12 bulan dalam setahun). Mereka juga menggunakan pengetahuan ini untuk membolehkan mereka menjelajah menggunakan jalan laut. Mereka juga mencipta ilmu matematik, iaitu sistem mengira perpuluhan serta konsep matematik seperti tolak, tambah, darab, bahagi dan punca ganda dua serta ilmu geometri melalui pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari.

    Kerajaan Assyria telah memberikan perhatian khusus dalam bidang perubatan.Kerajaan ini amat mementingkan kesihatan anggta tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah disampelkan serta dikatelogkan penggunaannya. Catatan tentang cara mengubat penyakit telah dibuat sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

   Penciptaan roda merupakan salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia. Roda digunakan dengan kerata kuda bertujuan untuk peperangan atau pada masa aman. Penggunaan roda juga terdapat dalam kincir air yang bertujuan mengalirkan air ke kawasan tandus, meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir.

    Alat pengangkutan yang terawal di dunia telah dicipta oleh tamadun Mesopotamia.Sejak 3000 S.M. orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda. Mereka telah menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka berjaya berhubung dengan wilayah di India di kawasan Mediterranean.

Pembinaan Perpustakaan

Masyarakat Mesopotamia merupakan masyarakat yang pertama membina perpustakaan . Perpustakaan di raja dibina oleh Ninevah oleh pemimpin seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.). Di situ, berpuluh-puluh ribu kepingan tanah liat yang tercacat dengan pelbagain jenis ilmu pengetahuan dan sejarah lampau disimpan. Formula prerubatan, surat, dokumen perniagaan dan kronologi perkembangan sejarah Mesopotamia juga boleh dijumpai di perpustakaan tersebut.

1 comment:

  1. Raging Bull Casino & Race & Sportsbook Review | DrmCD
    › casino › 밀양 출장안마 casino Experience 의정부 출장안마 the thrills of the Vegas-style casino 밀양 출장샵 at the Race & Sportsbook. It's located in the heart of the Las Vegas Strip. It offers slots 인천광역 출장샵 and plenty of other gaming options for 전라북도 출장마사지

    ReplyDelete