Friday, 7 June 2013

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Petempatan Kekal

Tamadun Mesopotamia munculnya negara kota seperti Ur, Urech, Eridu, Kish, Nippur. Setiap kota terletak di kawasan tamah pamah lazimnya di tepi sungai atau tasik. Kota tersebut mudah dihubungi dengan alat pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai. Hal ini membolehkan aktiviti pedangangan berkembang.Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Kebanyakan kota di Mesopotamia mempunyai bahagian pusat kota, luar kota, tembok kota, dan pelabuhan. Setiap negara kota dilindungi oleh kubu pertahanan dan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan negara kota. Istana, rumah kediaman, rumah ibadat(zigurat), rumah kedai dan pasar juga wujud di dalam kota. Jalan yang lurus dan lebar juga dibina. Zigurat merupakan pusat kota kerana menjadi tumpuan masyarakat Mesopotamia ketika itu.

Organisasi Sosial

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada dua golongan, iaitu 
(a) Golongan pemerintahan yang terdiri daripada raja, ketua pendeta, pemimpin tentera dan orang bangsawan.

(b) Gologan rakyat terdiri daripada 
 (i) rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
 (ii) hamba yang terdiri daripada tawanan perang menduduki tempat yang terendah dalam masyarakat   Mesopotamia

Gambar ini menunjukkan organisasi sosial masyarakat Mesopotamia.

Sistem Pemerintahan

Raja merupakan pemerintahan kerajaan. Sistem pemerintahan beraja ini berbentuk teokrasi, iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan. Namun,masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka kecuali pada zaman pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad. Beliau memaksa rakyet menyembahnya kerana menganggap dirinya terlalu agung kerana kejayaannya membina empayar yang luas. Beliau juga menggelar dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam" kerana kejayaan tersebut. Raja ialah pemilik negara kota, ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta. Raja Mesopotamia juga berperanan sebagai ketua agama.Ahli keluarga diraja dilantik oleh raja untuk memegang jawatan-jawatan penting di zigurat. Bentuk pentadbiran zigurat juga ditentukan raja. Zigurat merupakan pusat keagamaan yang berfungsi sebagai pusat petadbiran, perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.

Gambar ini menunjukkan  Bangunan Zigurat

Raja juaga berkuasa dalam segala aspek kerajaan dan pentadbiran. Hal ini termasuklah soal tanah. cukai, hasil pertanian dan perdagangan. Raja juga dibantu oleh golongan bangsawan yang biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja.Mereka dilantik menjadi pegawai kerajaan.

Pengkhususan Pekerjaan

Apabila berlaku lebihan hasil pertanian, maka wujud kepelbagaian kegitan ekonomi atao pengkhususan kerja di Mesopotamia. Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan. Saudagar dan peniaga Mesopotamia bukan sekadar menjalankan perdagangan mereka di kawasan sekitar Mesopotamia, tetapi juga di kawasan sekitar Lembah Indus. Perdagangan luar ini penting untuk menukar hasil pertanian mereka bagi memperoleh bahan mentah yang tidak terdapat di Mesopotamia seperti logam, emas, perak dan kayu. Akibat pertambahan penduduk di negara kota, ada yang menjadi tukang rumah untuk membina rumah yang lebih banyak. Terdapat juga rakyat yang menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara. Selain itu, terdapat anggota masyarakat yang menjadi pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.

Bahasa dan Tulisan

Sistem tulisan diwujudkan dengan berkembangnya ilmu pengetahuan. Sistem tulisan digunakan untuk melicinkan urusan perdangangan dan pentadbiran. Tulisan orang Sumeria pada mulanya berbentuk gambar, kemudiannya dipermudahkan dalam bentuk simbol lalu wujud sistem tulisan berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform. Tulisan ditulis pada tanah liat kerana bahan untuk membuat kertas belum wujud pada tamadun ini.

No comments:

Post a Comment