Friday 7 June 2013

Soalan Kuiz

1) Apakah fungsi zigurat dalam Tamadun Mesopotamia?
 I Pusat Ibadat
II Pusat perdagangan
III Penempatan mayat raja
IV Pelabuhan premis

A I dan II     C II dan III
B I dan IV    D III dan IV

2) Pernyataan berikut berkaitan dengan raja kerajaan Akkad dalam tamadun Mesopotamia.

Raja Naramsin

Mengapakah raja tersebut mengisytiharkan dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam"?

A Membina zigurat
B Menjadi wakil tuhan di bumi
C Menguasai wilayah yang luas
D Membina Taman Tergantung Babylon

3)Pernyataan berikut berkaitan dengan tamadun awal 

Mesopotamia menjalankan pemerintahan secara teokrasi.


Bagaimanakah kedudukan raja dalam pemerintahan tersebut?
A Berkuasa mutlak 
B Bertaraf pendeta
C Bersikap kuku besi
D Dianggap wakil tuhan




                                                                                                                               







     Jawaban:
1) A
2) C
3) D     

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Perundangan

Kod Undang-undang Hamurabi merupakan kod undang-undang yang tertua di dunia. Kod ini digubal oleh Raja Hammurabi (yang memerintah kerajaan Babylon) dan menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Kod Hammurabi berjaya memainkan peranan penting dalam 
 - mengelakkan masalah dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan terdiri daripada susun lapis yang berbeza.
 - mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi masyarakat.
- membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu lebih kurang 3000 tahun (3500 S.M.- 539 S.M.)

Ciri-ciri Kod Hammurabi
- dipahat pada tembok dan tiang-tiang besar yang tinggo supaya rakyat dapat membaca dan mengetahui hak mereka.
- Prinsip utamanya ialah hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya, tetapi hukuman dan denda adalah berbeza untuk lapisan masyarakat yang berlainan.
- Berperikemanusiaan dan berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
-Mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang meliputi semua aspek kehidupan.

   Gambar ini menunjukkan Kod Undang-undang Hammurabi


Sistem Tulisan

Sistem tulisan yang wujud telah membawa kepada perkembangan sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Urusan pentadbiran dan perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis mereka.Semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota urus niaga dan surat kredit. Sistem tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia seperti epik Gilgamesh. Epik ini merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.

Aspek Estetika

Cara membuat batu bata telah diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun Mesopotamia. Pembinaan arca dan tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi bangunan seperti zigurat. Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar Sumeria. Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istanya dikenali sebagai "Taman Tergantung Babylon". Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres. Hal ini menampakkan seolah-olah taman ini tergantung.
 Gambar ini menunjukkan lukisan arca Raja Gudea.

Pembinaan Empayar dan Aspek Pentadbiran

Empayar yang pertama di dunia dibina oleh Raja Sargon ( kerajaan Akkad) yang berjaya menyatukan wilyah di sekitar Mesopotamia. Hal ini diikuti oleh raja-raja di tamadun lain, contohnya Firaun Tutmose III (Mesir Purba). Kerajaan Mesopotamia jugan merupakan kerajann yang pertama dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang teratur dengan wujudnya undang-undang, tatacara perdagangan dan sistem perbandaran yang teratur.

Sains dan Teknologi

     Orang Mesopotamia mahir dalam bidang astronomi. Hal ini membolehkan mereka mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar( 12 bulan dalam setahun). Mereka juga menggunakan pengetahuan ini untuk membolehkan mereka menjelajah menggunakan jalan laut. Mereka juga mencipta ilmu matematik, iaitu sistem mengira perpuluhan serta konsep matematik seperti tolak, tambah, darab, bahagi dan punca ganda dua serta ilmu geometri melalui pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari.

    Kerajaan Assyria telah memberikan perhatian khusus dalam bidang perubatan.Kerajaan ini amat mementingkan kesihatan anggta tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah disampelkan serta dikatelogkan penggunaannya. Catatan tentang cara mengubat penyakit telah dibuat sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

   Penciptaan roda merupakan salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia. Roda digunakan dengan kerata kuda bertujuan untuk peperangan atau pada masa aman. Penggunaan roda juga terdapat dalam kincir air yang bertujuan mengalirkan air ke kawasan tandus, meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir.

    Alat pengangkutan yang terawal di dunia telah dicipta oleh tamadun Mesopotamia.Sejak 3000 S.M. orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda. Mereka telah menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka berjaya berhubung dengan wilayah di India di kawasan Mediterranean.

Pembinaan Perpustakaan

Masyarakat Mesopotamia merupakan masyarakat yang pertama membina perpustakaan . Perpustakaan di raja dibina oleh Ninevah oleh pemimpin seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.). Di situ, berpuluh-puluh ribu kepingan tanah liat yang tercacat dengan pelbagain jenis ilmu pengetahuan dan sejarah lampau disimpan. Formula prerubatan, surat, dokumen perniagaan dan kronologi perkembangan sejarah Mesopotamia juga boleh dijumpai di perpustakaan tersebut.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Petempatan Kekal

Tamadun Mesopotamia munculnya negara kota seperti Ur, Urech, Eridu, Kish, Nippur. Setiap kota terletak di kawasan tamah pamah lazimnya di tepi sungai atau tasik. Kota tersebut mudah dihubungi dengan alat pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai. Hal ini membolehkan aktiviti pedangangan berkembang.Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Kebanyakan kota di Mesopotamia mempunyai bahagian pusat kota, luar kota, tembok kota, dan pelabuhan. Setiap negara kota dilindungi oleh kubu pertahanan dan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan negara kota. Istana, rumah kediaman, rumah ibadat(zigurat), rumah kedai dan pasar juga wujud di dalam kota. Jalan yang lurus dan lebar juga dibina. Zigurat merupakan pusat kota kerana menjadi tumpuan masyarakat Mesopotamia ketika itu.

Organisasi Sosial

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada dua golongan, iaitu 
(a) Golongan pemerintahan yang terdiri daripada raja, ketua pendeta, pemimpin tentera dan orang bangsawan.

(b) Gologan rakyat terdiri daripada 
 (i) rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
 (ii) hamba yang terdiri daripada tawanan perang menduduki tempat yang terendah dalam masyarakat   Mesopotamia

Gambar ini menunjukkan organisasi sosial masyarakat Mesopotamia.

Sistem Pemerintahan

Raja merupakan pemerintahan kerajaan. Sistem pemerintahan beraja ini berbentuk teokrasi, iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan. Namun,masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka kecuali pada zaman pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad. Beliau memaksa rakyet menyembahnya kerana menganggap dirinya terlalu agung kerana kejayaannya membina empayar yang luas. Beliau juga menggelar dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam" kerana kejayaan tersebut. Raja ialah pemilik negara kota, ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta. Raja Mesopotamia juga berperanan sebagai ketua agama.Ahli keluarga diraja dilantik oleh raja untuk memegang jawatan-jawatan penting di zigurat. Bentuk pentadbiran zigurat juga ditentukan raja. Zigurat merupakan pusat keagamaan yang berfungsi sebagai pusat petadbiran, perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.

Gambar ini menunjukkan  Bangunan Zigurat

Raja juaga berkuasa dalam segala aspek kerajaan dan pentadbiran. Hal ini termasuklah soal tanah. cukai, hasil pertanian dan perdagangan. Raja juga dibantu oleh golongan bangsawan yang biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja.Mereka dilantik menjadi pegawai kerajaan.

Pengkhususan Pekerjaan

Apabila berlaku lebihan hasil pertanian, maka wujud kepelbagaian kegitan ekonomi atao pengkhususan kerja di Mesopotamia. Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan. Saudagar dan peniaga Mesopotamia bukan sekadar menjalankan perdagangan mereka di kawasan sekitar Mesopotamia, tetapi juga di kawasan sekitar Lembah Indus. Perdagangan luar ini penting untuk menukar hasil pertanian mereka bagi memperoleh bahan mentah yang tidak terdapat di Mesopotamia seperti logam, emas, perak dan kayu. Akibat pertambahan penduduk di negara kota, ada yang menjadi tukang rumah untuk membina rumah yang lebih banyak. Terdapat juga rakyat yang menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara. Selain itu, terdapat anggota masyarakat yang menjadi pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.

Bahasa dan Tulisan

Sistem tulisan diwujudkan dengan berkembangnya ilmu pengetahuan. Sistem tulisan digunakan untuk melicinkan urusan perdangangan dan pentadbiran. Tulisan orang Sumeria pada mulanya berbentuk gambar, kemudiannya dipermudahkan dalam bentuk simbol lalu wujud sistem tulisan berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform. Tulisan ditulis pada tanah liat kerana bahan untuk membuat kertas belum wujud pada tamadun ini.

Tamadun Mesopotamia ~ Proses Pembentukan

   Tamadun Mesopotamia boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu,
(a) bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk Sungai Zab     yang dikenali sebagai Assyria.

(b) bahagian selatan bandar Baghdad meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum dan dikenali sebagai Babylon.Babylon dibahagikan kepada dua kawasanm iaitu Akkad di utara dan Sumeria di selatan.

Tamadun Mesopotamia dikatakan mula berkembang di selatanm iaitu Sumer oleh orang Sumeria. Namun, orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelum ini kebudayaan Neolitik telah pun wujud serta berkembang di wilayah ini. Ketibaan orang Sumeria membawa kepada kemajuan kwasan tersebut apabila mereka meneroka kawasan tersebut. Tanah ditebus guna dan sistem pengairan dibina di situ untuk tujuan pertanian. Selain itu, petempatan atau perkampungan mula didirikan di sepanjang sungai.hasil pertanian di situ juga meningkat dan seterusnya menyebabkan jumlah penduduk bertambah. Perkampungan-perkampungan di situ kemudiannya berkembang menjadi bandar dan selnjutnya muncul beberapa buah negara kota. Antara negara penting yang muncul ialah Ur, Assur, Lagash, Uruk, Nippur dan Mari. Kesemua negara kota terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Tamadun Mesopotamia ~ Kerangka Masa

    Petempatan-petempatan awal Zaman Neolitik mla muncul di sekitar Mesopotamia antara tahun 7000-5000 S.M. Petempatan-petempatan tersebut berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M. Petempatan-petempatan tersebut kemudiannya berkembang menjadi kerajaan.Kerajaan terawal yang muncul di Mesopotamia ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M.).

Tamadun Mesopotamia boleh dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan, iaitu:

Kerajaan
Tempoh Masa
      (a)     Sumeria
3500-2340 S.M.
      (b)    Akkad
2371-2006 S.M.
      (c)     Ur
2113-2006 S.M.
      (d)    Babylon awal atau lama
2000-1530 S.M.
      (e)   Kassites
1530-1100 S.M.
      (f)     Assyria
1100-626 S.M.
      (g)     Chaldea
626-539 S.M.

Kerajaan Chaldea merupakan kerajaan terakhir yang diasaskan oleh orang Mesopotamia.Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi.Kerajaan-kerajaan seperti Sumeria, Akkad, Ur , Babylon Lama, dan Assyria merupakan peyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

Tamadun Mesopotamia ~ Lokasi




Peta Tamadun Mesopotamia

     Mesopotamia merupakan tamuadun yang terawal di dunia. Mesopotamia dalam bahasa Yunani bererti "Tanah di antara dua sungai". Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di utara(Turki hari ini).Sungai-sungai tersebut mengalir melalui kawasan tanah pamah (Iraq hari ini) sehinggalah ke Teluk Parsi di selatan. Di barat kawasan Mesopotamia terdapat padang pasir dan dataran tinggi Arab, di timurnya pula terdapat Pergunungan Zagros.